Quantcast
Channel: Analytics – ProspekDigital.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4

Google Webmaster Tool Sedang Mencuba Fungsi Terbaru Ini & Menjemput Anda Untuk Mencubanya

$
0
0

Google Webmaster Tool adalah salah satu alatan percuma dari Google untuk pemilik-pemilik laman web mengukur tahap keberkesanan laman web mereka di enjin carian Google.

Jika anda sedang melakukan aktiviti SEO terhadap laman web bisnes anda, Google Webmaster Tool ini adalah salah satu alatan wajib guna untuk menilai tahap kemajuan aktiviti SEO anda.

googlebot

Terdapat beberapa fungsi dalam alatan ini yang mampu memberikan maklumat-maklumat yang berguna untuk digunakan sebagai panduan dalam meningkatkan prestasi laman web anda di Google.

Dan salah satu darinya adalah fungsi ‘Search Traffic’:

search traffic report WMT

Di dalam fungsi ini anda boleh mengetahui secara kasar kata kunci carian popular yang telah mendapat ranking di Google sekaligus mendapatkan klik dari Google (sub-fungsi: Search Queries).

Selain itu anda boleh juga mengetahui senarai backlink daripada laman-laman web lain ke laman web anda, sekaligus sedikit sebanyak dapat menilai prestasi aktiviti ‘linkbuilding’ yang anda telah lakukan.

Dan baru-baru ini, Google telah mengumumkan akan memperkenalkan satu lagi fungsi terbaru dibawah kategori ‘Search Traffic’ ini, dan fungsi tersebut dipanggil ‘Search Impact’:

search-impact-tool WMT

Search Impact ini pada pandangan kami adalah versi yang lebih ‘improved’ daripada fungsi sedia ada di dalam ‘Search Queries’.

Terdapat 6 laporan yang boleh diakses melalui fungsi ‘Search Impact’, dimana laporan-laporan ini adalah mengenai prestasi laman web anda di keputusan carian organik Google mengikut:

1. Waktu (Dates);

date-dimension-WMT

2. Kata kunci carian (Queries);

queries-dimension-WMT

3. Laman-laman web anda yang popular dari Google (Pages);

pages-dimension-WMT

4. Negara pelawat (Countries);

countries-dimension-WMT

5. Peranti yang digunakan pelawat (Devices);

devices-dimension-WMT

6. Keputusan carian mengikut kategori di Google (Search);

search-dimension-WMT

Mengikut beberapa maklumat awal yang kami dapat diatas, jika dilihat sesetengah daripada laporan-laporan di dalam ‘Search Impact’ ini sebenar sudah boleh didapati daripada Google Analytics seperti contoh negara pelawat & peranti yang digunakan pelawat.

Namun dengan kemaskini ini, anda sekarang hanya perlu menggunakan Google Webmaster Tool ini sahaja untuk mendapatkan data-data penting tersebut, tanpa perlu melihat di Google Analytics lagi.

Dan buat anda yang berminat untuk mendapatkan akses awal kepada fungsi terbaru ini, boleh membuat permohonan melalui borang dibawah:

https://docs.google.com/forms/d/1YWnimSszIi3mAuoTa6iZQa0c87gzboubOKpCU4S3p20/viewform

Kredit imej: EliteSEM.com & Google Webmaster Tool Google+


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4

Latest Images